Wayar
Kabel Pasangan Terpiuh (Twisted Pair Cable)
- Medium kabel ini selalu digunakan dan ia terdiri daripada beberapa wayar berwarna dan berpembalut yang dipiuhkan untuk mencipta medan magnet dan seterusnya mengurangkan gangguan hingar.
- Biasanya terdapat 8 wayar yang membentuk empat pasangan dan disambung dengan menggunakan penyambung RJ-45 pada kedua-dua hujung.
- Terdapat 2 jenis kabel iaitu Kabel Pasangan Terpiuh tak Bertebat (Unshilded Twisted Pair – UTP) dan Kabel Pasangan Terpiuh Bertebat (Shilded Twisted Pair – STP)
- Kabel UTP atau STP digunakan untuk sambungan rangkaian yang menggunakan topologi bintang.
- Kabel ini tidak sesuai untuk rangkaian yang melebihi daripada 100 meter kerana data dan maklumat yang dihantar mungkin akan hilang.
Penyambung RJ45
Kabel Sepaksi (Coaxial Cable)
- Kabel ini mempunyai satu wayar tembaga yang terletak di tengah – tengah yang bertindak sebagai media pengalir elektrik.
- Manakala lapik pintalan besi antara wayar tembaga dengan lapisan plastik pula bertindak sebagai penghalang kepada sebarang gangguan hingar.
- Jenis topologi rangkaian cincin yang menggunakan kabel ini untuk menghubungkan antara komputer – komputer. Ia disambung menggunakan penyambung Bayone-Neill-Concelman (BNC) pada kedua-dua hujung.
- Kabel ini menyokong pautan jarak jauh dan menawarkan kadar penghantaran data yang lebih tinggi.

Kabel coaxial
Ia juga digunakan untuk menyambung TV dengan penerima gelombang TV.
Penyambung BNC
Kabel Gentian Optik (Fiber Optic Cable)
- Kabel ini diperbuat daripada gentian kaca atau silika yang lebih nipis dari rambut manusia. Ia menggunakan denyutan cahaya cahaya dalam menghantar data di dalam rangkaian.
- Isyarat akan diubah kepada denyutan cahaya dan ditembak oleh laser melalui gentian optik yang berpembalut. Cahaya itu akan bergerak dan membias di sepanjang pembalut kabel pada kelajuan tinggi.
- Ia digunakan untuk pautan jarak jauh atau pautan antara benua.
Kabel Fiber Optik
Penyambung Fiber Optik
Tanpa Wayar
Infra Merah (Infrared-IR)
Gelombang Radio
Teknologi infra merah adalah penghantaran data dalam bentuk inframerah tanpa melalui wayar. Kaedah ini terhad pada satu kawasan yang kecil sahaja iaitu dalam lingkungan 5 meter. Kadar pemindahan data ialah kurang 10 Mbps. Teknologi ini boleh digunakan untuk rangkaian komputer tanpa wayar. Contoh penggunaan lain adalah unit kawalan jauh TV.

Penggunaan Infra Merah
Gelombang Radio
Terbahagi kepada dua iaitu Bluetooth dan Wireless- Fidelity (WiFi).
Bluetooth menggunakan frekuensi radio 2.45 GHz iaitu standard komunikasi IEE 802.15.1 untuk menghantar maklumat dalam jarak dekat iaitu dalam linkungan 10 meter secara maksima. Teknologi Bluetooth banyak digunakan sebagai pelengkap telefon bimbit, PDA dan lain – lain. Ia adalah alternative bagi infra merah.
Bluetooth
Wireless- Fidelity (WiFi) ialah sistem rangkaian pautan tanpa wayar yang memerlukan access point dan kad WiFi yang dipasang di dalam komputer bagi membolehkan komunikasi berlaku. Teknologi WiFi menggunakan spesifikasi IEE 802.11a/b/g/N yang membenarkan perpindahan data berlaku dalam kelajuan sehingga 54 hingga 100 Mbps.
WiFi
Satelit
Satelit adalah satu peranti elektronik yang mempunyai sehingga 100 transponder yang menerima, menguatkan dan menghantar semula isyarat. Satelit bertindak sebagai stesen penghambat (relay) di antara satu stesen bumi dengan stesen bumi yang lain. Ia digunakan apabila jarak penghantaran adalah jauh dan terdapat banyak halangan. Data atau isyarat yang dibawa melalui satelit berbentuk mikrogelombang (microwave).
![]() |
Sambungan Satelit |
LOL
ReplyDeleteI like it.It was very helpful.
ReplyDeleteHAI LOL
ReplyDeletelets couple in 22400 terangganu in my house at 336657 jalan iman
ReplyDeleteOI
DeleteKau main roblox?
Deletewth dude what just happen lo i gonna kill you at your house
ReplyDeleteWTF(WHAT THE FUCK)
ReplyDeleteI like this...❤❤
ReplyDeleteShut up
ReplyDeleteBagi menda pelik pelik (Subjek: TMK / RBT) APAHAL BUDAK SEKOLAH RENDAH BELAJAR PASAL COMPUTER NETWORKING?
ReplyDeleteRJ-45, UTP, STP, COAXIAL CABLE, FIBER OPTIC BUAT APE? AKU DAH KEJE BARU JUMPA LA PERKATAAN NI SEMUA
ðŸ˜