Tuesday, 28 October 2014

Medium Rangkaian

Wayar

Kabel Pasangan Terpiuh (Twisted Pair Cable)

  • Medium kabel ini selalu digunakan dan ia terdiri daripada beberapa wayar berwarna dan berpembalut yang dipiuhkan untuk mencipta medan magnet dan seterusnya mengurangkan gangguan hingar. 
  • Biasanya terdapat 8 wayar yang membentuk empat pasangan dan disambung dengan menggunakan penyambung RJ-45 pada kedua-dua hujung. 
  • Terdapat 2 jenis kabel iaitu Kabel Pasangan Terpiuh tak Bertebat (Unshilded Twisted Pair – UTP) dan Kabel Pasangan Terpiuh Bertebat (Shilded Twisted Pair – STP) 
  • Kabel UTP atau STP digunakan untuk sambungan rangkaian yang menggunakan topologi bintang. 
  • Kabel ini tidak sesuai untuk rangkaian yang melebihi daripada 100 meter kerana data dan maklumat yang dihantar mungkin akan hilang.                                          

                                                                      Penyambung RJ45




Kabel Sepaksi (Coaxial Cable)

  • Kabel ini mempunyai satu wayar tembaga yang terletak di tengah – tengah yang bertindak sebagai media pengalir elektrik. 
  • Manakala lapik pintalan besi antara wayar tembaga dengan lapisan plastik pula bertindak sebagai penghalang kepada sebarang gangguan hingar. 
  • Jenis topologi rangkaian cincin yang menggunakan kabel ini untuk menghubungkan antara komputer – komputer. Ia disambung menggunakan penyambung Bayone-Neill-Concelman (BNC) pada kedua-dua hujung. 
  • Kabel ini menyokong pautan jarak jauh dan menawarkan kadar penghantaran data yang lebih tinggi. 
                                         
                                                                     Kabel coaxial
              Ia juga digunakan untuk menyambung TV dengan penerima gelombang TV.



Penyambung BNC


Kabel Gentian Optik (Fiber Optic Cable)

  • Kabel ini diperbuat daripada gentian kaca atau silika yang lebih nipis dari rambut manusia. Ia menggunakan denyutan cahaya cahaya dalam menghantar data di dalam rangkaian. 
  • Isyarat akan diubah kepada denyutan cahaya dan ditembak oleh laser melalui gentian optik yang berpembalut. Cahaya itu akan bergerak dan membias di sepanjang pembalut kabel pada kelajuan tinggi. 
  • Ia digunakan untuk pautan jarak jauh atau pautan antara benua.

Kabel Fiber Optik





Penyambung Fiber Optik

Tanpa Wayar

Infra Merah (Infrared-IR)
Teknologi infra merah adalah penghantaran data dalam bentuk inframerah tanpa melalui wayar. Kaedah ini terhad pada satu kawasan yang kecil sahaja iaitu dalam lingkungan 5 meter. Kadar pemindahan data ialah kurang 10 Mbps. Teknologi ini boleh digunakan untuk rangkaian komputer tanpa wayar. Contoh penggunaan lain adalah unit kawalan jauh TV. 



                                                        


       Penggunaan Infra Merah

Gelombang Radio

Terbahagi kepada dua iaitu Bluetooth dan Wireless- Fidelity (WiFi). 
Bluetooth menggunakan frekuensi radio 2.45 GHz iaitu standard komunikasi IEE 802.15.1 untuk menghantar maklumat dalam jarak dekat iaitu dalam linkungan 10 meter secara maksima. Teknologi Bluetooth banyak digunakan sebagai pelengkap telefon bimbit, PDA dan lain – lain. Ia adalah alternative bagi infra merah. 



Bluetooth 

Wireless- Fidelity (WiFi) ialah sistem rangkaian pautan tanpa wayar yang memerlukan access point dan kad WiFi yang dipasang di dalam komputer bagi membolehkan komunikasi berlaku. Teknologi WiFi menggunakan spesifikasi IEE 802.11a/b/g/N yang membenarkan perpindahan data berlaku dalam kelajuan sehingga 54 hingga 100 Mbps. 




WiFi 


Satelit 

Satelit adalah satu peranti elektronik yang mempunyai sehingga 100 transponder yang menerima, menguatkan dan menghantar semula isyarat.  Satelit bertindak sebagai stesen penghambat (relay) di antara satu stesen bumi dengan stesen bumi yang lain. Ia digunakan apabila jarak penghantaran adalah jauh dan terdapat banyak halangan. Data atau isyarat yang dibawa melalui satelit berbentuk mikrogelombang (microwave). 


Sambungan Satelit

Konsep Rangkaian



Maksud rangkaian (networking) ialah menghubungkan komputer untuk berkongsi maklumat dan sumber. Ia juga merupakan teknologi yang berubah dan begitu kompleks. Banyak yang boleh dibuat untuk menyambungkan perkakasan seperti mesin pencetak, komputer dan lain-lain. Ia juga dapat menghubungkan perisian dari satu komputer ke komputer yang lain.




Asas rangkaian adalah mudah; menghubungkan dua komputer atau lebih melalui wayar atau tanpa wayar (wireless). Ia dapat memudahkan pengguna untuk berkongsi data dengan kadar yang pantas dan efisyen. Dengan rangkaian juga, pengguna dapat berkongsi perkakasan seperti printer, scanner, mesin fax dan sebagainya. Dengan ini, sesuatu kumpulan atau organisasi yang ramai tidak perlu untuk membeli begitu banyak perkakasan pejabat, hanya perlu menyambungkan sahaja. Dengan ini dapat menurunkan kos pembelian barangan atau perkakasan yang penting. Rangkaian komputer boleh di kelasifikasikan mengikut kepada skala; Personal Area Network (PAN), Local Area Network (LAN), Metropolitan Area Network (MAN), or Wide Area Network (WAN). PAN, seseorang yang berkomunikasi dengan alatan komputer termasuklah talifon bimbit, 3G, atau sebagainya yang boleh disambungkan ke alatan komputer seseorang. LAN pula mencakupi kawasan kecil seperti rumah dan pejabat. Rangkaian komputer MAN lebih besar sedikit dari LAN kerana kebiasaannya menjangkau kawasan yang besar seperti kawasan bandar atau pekan. Rangkaian komputer yang paling meluas adalah WAN kerana ia menjangkau keseluruhan kawasan bumi. Ia meliputu PAN, LAN dan MAN, menghubungkan kesemua kawasan untuk berkomunikasi. Ia jauh berbeza dengan Rangkaian komputer yang lain kerana ia tiada had rangkaian seperti yang ada pada rangkaian komputer yang lain.

                                 


Ketika rangkaian di bina, banyak masalah timbul untuk menhubungkan segala perkakasan dan alatan yang berlainan jenis. Dengan ini, Network Protokol di bina untuk memudahkan segala peralatan terutama komputer dapat berkomunikasi dengan baik. Network protokol pula mempunyai banyak jenis, seperti NerBEUI, IPX/SPX, NetLink dan TCP/IP. Kebanyakan protokol yang digunakan adalah TCP/IP. Komputer terkini sudah sedia ada perisian ini bagi membolehkan ia berkomunikasi.

                         


Dua Jenis Rangkaian yang di gunakan sekarang iaitu peer-t0-peer (p2p) dan server-based (Client/server). Jenis rangkaian p2p ini tidak menggunakan ‘pihak di tengah’ yang mengawalnya. Maklumat atau data hanya boleh dikongsi di antara komputer dalam rangkaian sahaja.